Tuesday, 3 March 2015

Petronas

Assalamualaikum & hai
Haritu aku dan parents pi ke pasar raya. Dalam perjalanan balik ayah aku  singgah di stesen minyak yang baru dibuka. Tiba-tiba aku tersentak dengan rungutan ayah aku.

“Bodoh”

Aku tengok ke luar tingkap. Ada sebuah kereta Proton Perdana di hadapan kereta kami. Ayah aku sambung beleter. Mak diam saja.

“Tangki minyak kereta hang belah kanan awat masuk line ni. Line ni belah kiri punyalah”
“Abah… cikgu cakap tak baik cakap macam tu”
“Dah betul. Nak cakap apa lagi”
“Ala~. Mungkin ni first time dia singgah stesen minyak ni”
“Alah. Ni mesti perempuan yang bawak ni”

Pemandu Proton Perdana  keluar dan berjalan ke kaunter. Aku perhati saja wanita tu.

“Hah! Dah agak dah perempuan”

Kemudian, kereta tu pun berlalu pergi. Ayah aku masuk ke dalam kereta selepas mengisi minyak. Aku mula bersuara.

“Abah, Adik nampak cikgu Adik la…~”
“Mana?”
“Tadi. Dia dok isi minyak Adik nampak”
“Lelaki ka perempuan?”
“Perempuan”
“Perempuan yang mana satu? Abah tengok banyak perempuan tadi”
“Yang tadi… yang Abah maki tadi”
“….”


Madah Manikam

Kerana mulut badan binasa. Bukankah kita dipesan :
"Hendaklah bercakap dengan perkataan
 yang baik dan manis didengar ataupun
 berdiam sahaja daripada bercakap
 perkara yang sia-sia"
-Riwayat Bukhari dan Muslim



P.S : Result SPM dah nak keluaq sat lagi.